semoga dengan mencintai sunnah kekasih-Mu kami berpeluang merasai cinta-Mu
YA, yA, yA, mungkin anda akan mengatakan tujuan saya mengutarakan hadis-hadis di bawah untuk tujuan perniagaan, tetapi jauh di sudut hati saya adalah agar anda semua tahu akan asal-usul perbekaman dalam sejarah Islam yang menyebabkan ia suatu amalan yang sepatutnya menjadi kemestian orang islam terutamanaya lelaki seperti saya dan anda juga. Lelaki yang umum kita sudah tahu bahawa kita tidak seperti wanita yang diberi keistimewaan oleh Allah swt secara semulajadi membuang darah kotor dari dalam badan melalui kitaran haid. Oleh yang demikian anjuran berbekam sangat tepat buat lelaki seperti saya dan anda semua. Walaupun bekam bukan terhad kepada lelaki tetapi sebagai jurubekam lelaki saya melihat kelebihan kaedah ini dari sudut seorang lelaki. Alhamdulillah Allah beri jalan untuk kita menyihatkan badan dengan cara ini..tq Allah, we love u forever and ever :)
NOTA SAYA SETELAH MENELAAH HADIS-HADIS DI BAWAHINI:-
- malam yang begitu hebat seperti malam isra' mikraj bukan sahaja difardhukan solat atas umat Islam, tetapi anjuran berbekam terhadap semua manusia- jadi tentu ada seribu hikmah yang boleh kita dapati daripada teknik bekam.
Pada malam aku diisra'kan,aku tidak melewati sekumpulan Malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah (bekam)."
(Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)
"Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia."
"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah SWT, sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu penyakit kecuali menciptakan ubat baginya... diketahui oleh yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh yang tidak mengetahuinya." (Disahihkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim)
"Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah SWT."(HR. Muslim)
NOTA SAYA SETELAH MENELAAH HADIS-HADIS INI:-
- setelah puas berikhtiar dengan pelbagai cara sehingga berhabis ribuan ringgit, hadis di atas menyedarkan kita masih ada harapan dalam setiap kesukaran yang dihadapi ketika melawan penyakit, cubalah kaedah bekam, insyaAllah dengan perkhabaran Jibril tadi dapat membuka lembaran baru dalam hidup anda semua
"Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan ubat untuk setiap penyakit, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang diharamkan." (HR. Abu Daud) Penyembuhan dapat diperolehi dengan 3 cara: Pertama, meminum madu. Kedua, dengan berbekam. Ketiga, dengan besi panas. Dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan penyembuhan dengan besi panas.
"Sesungguhnya pada bekam itu mengandungi penyembuhan"
"Rasulullah SAW melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang"
Dari Salma,seorang pelayan Rasulullah SAW bercerita:
"Tidak seorang pun mengadukan rasa sakit di kepalanya kepada Rasulullah SAW melainkan baginda berkata "Berbekamlah".Dalam hadis lain diceritakan:
"Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia"
"Selama Aku berjalan pada malam Isra Mi'raj bersama para Malaikat,mereka selalu berkata "Wahai Muhammad,suruhlah umatmu melakukan bekam".
NOTA SAYA SETELAH MENELAAH HADIS-HADIS INI:-
- Asas kepada rawatan alternatif sebegini ialah dengan BAIK SANGKA DAN KEPERCAYAAN KEPADA SUNNAH RASULULLAH SAW. Ia tidak memaksa mana-mana pembaca untuk mencuba kaedah ini tetapi bertolak dari hati yang yakin kita pasti tidak mahu berputus asa dalam menikmati kesihatan untuk beribadah kepada-Nya..itulah tujuan kita mahu sihat kan?
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT".
Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."
NOTA SAYA SETELAH MENELAAH HADIS-HADIS INI:-
- Saya dan anda semua sangat mengharap rahmat Allah menemani hidup kita di sepanjang perjalan di dunia ini, semoga kita mendapat manfaat daripada saranan-saranan hadis Nabi SAW yang kita kasihi insyaAllah.. bersambung bahagian 2..
No comments:
Post a Comment