Saturday 22 September 2012

BEKAM, PERUBATAN (PEMBEDAHAN KECIL)

AZ-ZAHRAWI PERINTIS ILMU PERUBATAN
 (pernah mengeluarkan darah sebagai salah satu ilmu perubatan yang dihasilkannya)

Saya amat meminati bidang perubatan sejak sekolah menengah, pun begitu takdir Allah menjadikan saya seorang guru tidak sekali-kali memadamkan minat saya dalam bidang ini. Rupanya Allah mentakdirkan saya dengan suatu yang lebih baik iaitu perubatan sunnah melalui bekam. Saya (dahulu) bukan individu yang terlalu sihat dek pengaruh pemakanan dan waktu bekerja (sebelum bergelar guru) yang tidak tentu arah. Saya telah berbekam. Saya dapati cara ini menyihatkan lebih-lebih lagi setelah berbekam saya mengamalkan beberapa makanan sunnah. Nyata, amalan pemakanan dan perubatan yang dianjurkan Rasululllah amat praktikal dengan hidup kita!
Saya telah membekam ramai orang. Daripada para pesakit saya, saya mendapat inspirasi agar mengeratkan hubungan dengan Allah dan mengajak mereka menghubungkan ruh dengan Allah, masakan tidak, segala kesembuhan semuanya Allah yang beri, saya terkesan dengan pelbagai masalah kesihatan pesakit, kadangkala berpunca persekitaran, pemakanan dan gaya hidup seorang muslim (yang kadangkala belum sempurna). oleh sebab itu semasa membekam saya akan berbual-bual bersama pesakit tentang apa sahaja agar ingatannya kembali mengingat Allah.
Saya bersyukur kerana dapat bersilaturrahim dengan ramai orang melalui perkhidmatan bekam dan urut ini. Puas dan syukur yang tinggi buat-Nya melihat pesakit beransur pulih dengan izin Allah dan berkah amalan sunnah (bekam). Pernah seorang suami kepada sahabat isteri saya hampir putus asa dengan keadaannya yang puas berulang alik ke hospital pakar terkenal negara, namun anjuran berbekam telah berjaya mengukir kembali senyuman sang isteri..alhamdulillah! Semoga Allah terus memberi kemudahan kepada saya untuk meneruskan amalan sunnah ini, amin.

berih fizikal, bersih rohani, barulah berkat!


Untuk membekam saya pastikan beberapa perkara untuk kepentingan pesakit, antaranya:-
  1. memakai sarung tangan
  2. menggunakan sabun antibakteria untuk mencuci cup, darah dan lain-lain
  3. menyapu alcohol 
  4. memastikan tempat bekam selesa dan bersih
  5. menyediakan tisu untuk pembersihan
  6. minyak zaitun untuk bekam asas dan sebagai ubat luka
  7. pisau dan jarum yang bersih (single use)

No comments:

Post a Comment