Saturday, 22 September 2012

BEKAM, PERUBATAN (PEMBEDAHAN KECIL)

AZ-ZAHRAWI PERINTIS ILMU PERUBATAN
 (pernah mengeluarkan darah sebagai salah satu ilmu perubatan yang dihasilkannya)

Saya amat meminati bidang perubatan sejak sekolah menengah, pun begitu takdir Allah menjadikan saya seorang guru tidak sekali-kali memadamkan minat saya dalam bidang ini. Rupanya Allah mentakdirkan saya dengan suatu yang lebih baik iaitu perubatan sunnah melalui bekam. Saya (dahulu) bukan individu yang terlalu sihat dek pengaruh pemakanan dan waktu bekerja (sebelum bergelar guru) yang tidak tentu arah. Saya telah berbekam. Saya dapati cara ini menyihatkan lebih-lebih lagi setelah berbekam saya mengamalkan beberapa makanan sunnah. Nyata, amalan pemakanan dan perubatan yang dianjurkan Rasululllah amat praktikal dengan hidup kita!
Saya telah membekam ramai orang. Daripada para pesakit saya, saya mendapat inspirasi agar mengeratkan hubungan dengan Allah dan mengajak mereka menghubungkan ruh dengan Allah, masakan tidak, segala kesembuhan semuanya Allah yang beri, saya terkesan dengan pelbagai masalah kesihatan pesakit, kadangkala berpunca persekitaran, pemakanan dan gaya hidup seorang muslim (yang kadangkala belum sempurna). oleh sebab itu semasa membekam saya akan berbual-bual bersama pesakit tentang apa sahaja agar ingatannya kembali mengingat Allah.
Saya bersyukur kerana dapat bersilaturrahim dengan ramai orang melalui perkhidmatan bekam dan urut ini. Puas dan syukur yang tinggi buat-Nya melihat pesakit beransur pulih dengan izin Allah dan berkah amalan sunnah (bekam). Pernah seorang suami kepada sahabat isteri saya hampir putus asa dengan keadaannya yang puas berulang alik ke hospital pakar terkenal negara, namun anjuran berbekam telah berjaya mengukir kembali senyuman sang isteri..alhamdulillah! Semoga Allah terus memberi kemudahan kepada saya untuk meneruskan amalan sunnah ini, amin.

berih fizikal, bersih rohani, barulah berkat!


Untuk membekam saya pastikan beberapa perkara untuk kepentingan pesakit, antaranya:-
  1. memakai sarung tangan
  2. menggunakan sabun antibakteria untuk mencuci cup, darah dan lain-lain
  3. menyapu alcohol 
  4. memastikan tempat bekam selesa dan bersih
  5. menyediakan tisu untuk pembersihan
  6. minyak zaitun untuk bekam asas dan sebagai ubat luka
  7. pisau dan jarum yang bersih (single use)

BEST SELLER,SEKARANG JUGA BELI :)

“Setiap keluarga Muslim memerlukan buku ini untuk diletakkan dalam perpustakaan peribadi dan ditelaah, kemudian seluruh petunjuk kenabian yang terdapat di dalamnya diaplikasikan dalam bentuk amal nyata.”
Doktor Mahmud ath-Thahhan
(Ketua Jurusan Tafsir dan Hadits, Fakultas Syariah Universitas Kuwait)

Judul: Prophetic Parenting: Cara Nabi Mendidik Anak
Penulis: DR. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid
kedai fajar ilmu baru di wisma yakin: RM 59.50 , ada diskaun lagi

Manusia terbaik ikutan kita, tentulah Nabi Muhammad SAW. Sewaktu seluruh dunia Islam mengecam filem INNOCENT MUSLIM, wajar kita nilai kembali kecintaan kita kepada Nabi, apakah hanya tinggal slogan dan demonstrasi, atau ia benar-benar menjadi kecintaan kita dengan praktik yang menyeluruh dalam hidup kita. Termasuklah hubungan kita dengan ahli keluarga, anak-anak dan masyarakat..Jom tambah ilmu dan praktikkan bersama apa yang Baginda ajar dalam mendidik anak-anak kita yang bakal mewarisi dunia. 

berkata sang bijaksana: (seperti dalam buku ini)
BERSEGERALAH KALIAN DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK SEBELUM ANDA DISIBUKKAN DENGAN PELBAGAI KESIBUKAN. SEBAB SEMAKIN PANDAI ORANG DEWASA, MAKA HATINYA JUGA SEMAKIN SIBUK!

Sunday, 16 September 2012

URUT (LELAKI SAHAJA)


MINYAK ZAITUN DAN MINYAK HERBA AFIAT MENJADI PILIHAN SAYA UNTUK MENGURUT PESAKIT


SELAIN BEKAM, SAYA JUGA MENAWARKAN PERKHIDMATAN URUT.
BERIKUT ADALAH JADUAL BEKAM DAN URUT SAYA

MASA:-ISNIN HINGGA JUMAAT- 4.30 PM-5.30 PM KEMUDIAN BERSAMBUNG PADA     SEBELAH MALAM JAM 8.30 PM-12.00 PM
(MAAF KERANA ADA PERMINTAAN TERPAKSA SAYA TOLAK SEKIRANYA BUKAN PADA WAKTU INI KERANA DI SEBELAH PAGI SAYA BERTUGAS SEBAGAI SEORANG GURU DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-AMIN GOMBAK)

MASA;-SABTU DAN AHAD- 10.00 AM-1.00PM, BERSAMBUNG PADA 2.30-6.00PM. SEBELAH MALAM IALAH JAM 8.30-12.00 PM

RAWATAN BEKAM DAN URUT DIJALANKAN DI PUSAT RAWATAN AL-BUSTAN,(AREA AL-AMIN GOMBAK), KHIDMAT URUT DAN BEKAM DI RUMAH ANDA JUGA DIRAIKAN SEKIRANYA TEMPAHAN DI BUAT AWAL, INI BERTUJUAN AGAR SAYA DAPAT MENGATUR JADUAL SAYA SEPANJANG SEHARI. TERIMA KASIH

Saturday, 15 September 2012

PENYAKIT FIZIKAL VS PENYAKIT HATI (BHG 1-PENYAKIT FIZIKAL)

semoga dengan mencintai sunnah kekasih-Mu kami berpeluang merasai cinta-Mu


Dengan ledakan teknologi kini, mungkin ramai yang sudah tahu serba sedikit pengetahuan tentang bekam/hijamah/cupping. dan mungkin juga ada yang kurang tahu dan belum tahu tentang perbekaman ini kerana liputannya tidaklah sampai masuk ke ruangan televisyen tanahair kita dengan amat meluas.
YA, yA, yA, mungkin anda akan mengatakan tujuan saya mengutarakan hadis-hadis di bawah untuk tujuan perniagaan, tetapi jauh di sudut hati saya adalah agar anda semua tahu akan asal-usul perbekaman dalam sejarah Islam yang menyebabkan ia suatu amalan yang sepatutnya menjadi kemestian orang islam terutamanaya lelaki seperti saya dan anda juga. Lelaki yang umum kita sudah tahu bahawa kita tidak seperti wanita yang diberi keistimewaan oleh Allah swt secara semulajadi membuang darah kotor dari dalam badan melalui kitaran haid. Oleh yang demikian anjuran berbekam sangat tepat buat lelaki seperti saya dan anda semua. Walaupun bekam bukan terhad kepada lelaki tetapi sebagai jurubekam lelaki saya melihat kelebihan kaedah ini dari sudut seorang lelaki. Alhamdulillah Allah beri jalan untuk kita menyihatkan badan dengan cara ini..tq Allah, we love u forever and ever :)

NOTA SAYA SETELAH MENELAAH HADIS-HADIS DI BAWAHINI:-
  • malam yang begitu hebat seperti malam isra' mikraj bukan sahaja difardhukan solat atas umat Islam, tetapi anjuran berbekam terhadap semua manusia- jadi tentu ada seribu hikmah yang boleh kita dapati daripada teknik bekam.

Pada malam aku diisra'kan,aku tidak melewati sekumpulan Malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah (bekam)."
(Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)

"Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia."

"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah SWT, sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu penyakit kecuali menciptakan ubat baginya... diketahui oleh yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh yang tidak mengetahuinya." (Disahihkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim)

"Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah SWT."(HR. Muslim)

NOTA SAYA SETELAH MENELAAH HADIS-HADIS INI:-
  • setelah puas berikhtiar dengan pelbagai cara sehingga berhabis ribuan ringgit, hadis di atas menyedarkan kita masih ada harapan dalam setiap kesukaran yang dihadapi ketika melawan penyakit, cubalah kaedah bekam, insyaAllah dengan perkhabaran Jibril tadi dapat membuka lembaran baru dalam hidup anda semua


"Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan ubat untuk setiap penyakit, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang diharamkan." (HR. Abu Daud)
Penyembuhan dapat diperolehi dengan 3 cara: Pertama, meminum madu. Kedua, dengan berbekam. Ketiga, dengan besi panas. Dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan penyembuhan dengan besi panas.

"Sesungguhnya pada bekam itu mengandungi penyembuhan"

"Rasulullah SAW melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang"

Dari Salma,seorang pelayan Rasulullah SAW bercerita:
"Tidak seorang pun mengadukan rasa sakit di kepalanya kepada Rasulullah SAW melainkan baginda berkata "Berbekamlah".Dalam hadis lain diceritakan:
"Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia"


"Selama Aku berjalan pada malam Isra Mi'raj bersama para Malaikat,mereka selalu berkata "Wahai Muhammad,suruhlah umatmu melakukan bekam".

NOTA SAYA SETELAH MENELAAH HADIS-HADIS INI:-
  • Asas kepada rawatan alternatif sebegini ialah dengan BAIK SANGKA DAN KEPERCAYAAN KEPADA SUNNAH RASULULLAH SAW. Ia tidak memaksa mana-mana pembaca untuk mencuba kaedah ini tetapi bertolak dari hati yang yakin kita pasti tidak mahu berputus asa dalam menikmati kesihatan untuk beribadah kepada-Nya..itulah tujuan kita mahu sihat kan?


Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT".

Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."

NOTA SAYA SETELAH MENELAAH HADIS-HADIS INI:-
  • Saya dan anda semua sangat mengharap rahmat Allah menemani hidup kita di sepanjang perjalan di dunia ini, semoga kita mendapat manfaat daripada saranan-saranan hadis Nabi SAW yang kita kasihi insyaAllah.. bersambung bahagian 2..

MENANTI KELAHIRANMU SAYANG


Alhamdulillah, beberapa hari lagi insyaAllah akan lahir seorang lagi ahli keluarga baru dalam hidup kami sekeluarga. ayah, mama dan kak Ha dan kak toyibah doakan semoga adik sihat, sempurna dan menjadi anak yang solehah insyaAllah. gombak Medical centre jadi pilihan isteri bersalin, usaha kami agar doktor muslimah yang menyambut kelahiran ank..semoga dipermudahkan semua urusan kita hendaknya, insyaAllah..